Seseorang anggota Polis Bantuan apabila menjalankan tugas-tugas polis dalam kawasan–kawasan yang ditetapkan hendaklah mempunyai kuasa yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa yang sama seperti seseorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya.

Semasa melaksanakan tugas bersama-sama pegawai dan anggota polis biasa, pegawai atau anggota polis bantuan hendaklah disifatkan lebih rendah dari polis biasa yang sama pangkatnya.

Polis Bantuan adalah ditugaskan dalam kawasan majikannya bagi tugas-tugas polis seperti berikut:

  1. Rondaan, bit dan kawalan statik.
  2. Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan.
  3. Melindungi dan mengiring harta majikan.
  4. Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah.
  5. Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah.

 

 

Kuasa Polis Bantuan

  • Kanun Keseksaan (Akta 574) – Suatu akta yang berhubung dengan kesalahan jenayah, definisi kesalahan jenayah, jenis dan tempoh hukuman yang dikenakan.
  • Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) – Suatu akta berhubung dengan peraturan-peraturan dan tatacara berkaitan jenayah, meliputi tangkapan, penyiasatan, prosedur mahkamah dan lain-lain peraturan yang dikuatkuasakan berhubungkait dengan prosedur jenayah.
  • Akta Polis 1967 (Akta 344) – Suatu akta berhubung dengan organisasi, disiplin, kuasa-kuasa dan tugas Polis DiRaja Malaysia dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
  • Akta keterangan 1950 (Akta 56) – Suatu akta bagi menentukan proses pelaksanaan dan pengumpulan keterangan.
    Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) – A 501 (Penubuhan Polis Bantuan)
  • Undang-undang Am – Undang-undang yang termaktub dan digunapakai dalam persekutuan.
  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) – Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas.
7403910
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
263
557
2233
7397023
11173
14901
7403910