SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI DAN PESTA CAHAYA
Kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali dan Pesta Cahaya kepada semua rakyat Malaysia yang terutamanya beragama Hindu dengan penuh harapan agar perayaan ini akan memekarkan lagi perpaduan dan keharmonian sesama kita.
Hari deepavali hari meriah
Mari di sambut dengan gembira
Janganlah bersedih serta gundah
Mari bersama bersuka ria
Hari deepavali pesta cahaya
Pasang pelita di rumah - rumah
Tingkatkanlah amalan lebih mulia
Agar kehidupan lebih meriah
Pelbagai manisan di hari deepavali
Juadah dihidang untuk santapan
Tingkatlah amalan budi pekerti
Agar deepavali bertambah aman