Penguatkuasaan Peraturan Lalulintas UTeM meliputi saman, kunci roda kenderaan, denda dan dakwaan yang digunapakai di dalam kawasan kampus berdasarkan peraturan yang dikuatkuasa.

Peraturan lalu lintas ini hendaklah dipatuhi Oleh Staf , Pelajar, Pekerja Bukan Staf Dan Pelawat di dalam kawasan Kampus-Kampus Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Jenis Kesalahan yang dikenakan saman                                                                     

1.  Meletakkan kenderaan di tempat larangan

2.  Meletakkan kenderaan di luar petak/ Petak Kuning/ Garisan Kuning

3.  Menghalang laluan

4.  Tiada lesen memandu/ tamat tempoh

5.  Lesen (L) membawa pembonceng

6. Tiada cukai jalan yang sah/ tamat tempoh

7.  Melanggar jalan sehala/ dilarang masuk

8.  Tidak memakai topi keledar (penunggang /pembonceng)

9.  Tiada pelekat kenderaan

10. Meletak kenderaan dikoridor/ laluan pejalan kaki

11. Memandu dengan cuai

12. Lain-lain kesalahan

Bagi kesalahan yang dicatatkan kenderaan akan dikompaun :

  • Dikunci (tiada rayuan)
  • Disaman

Bagi kes kompaun. Penerima saman perlu menjelaskan bayaran kompaun selewat-lewatnya pada atau sebelum 14 hari dari tarikh saman kesalahan lalulintas dikeluarkan.

Rayuan pembayaran boleh dibuat dengan mendapat kelulusan dari Pengarah Keselamatan dengan mengemukakan surat rayuan beserta justifikasi.

Kadar Bayaran Saman

Setiap kesalahan lalulintas dikenakan denda sebanyak RM10 manakala kesalahan kunci roda dikenakan denda sebanyak RM30.

Berikut adalah jadual tempoh hari dan kadar bayaran yang dikenakan :

   jadual saman

Kegagalan Membayar Denda

Kegagalan membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan :

  • Tindakan Tatatertib : Tindakan tatatertib boleh diambil oleh Pejabat Hal Ehwal Perundangan bagi kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh staf dan unit Tatatertib Pelajar, pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh pelajar.

  • Senarai Hitam : Menyenaraihitam mana-mana kenderaan motor pelawat dan pekerja Bukan Staf yang mempunyai denda tertunggak melebihi 3 kali dan melarang kenderaan motor berkenaan memasuki kawasan kampus sehingga denda tertunggak dijelaskan sepenuhnya.

7391054
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
627
507
2416
7384648
13218
19275
7391054