Justifikasi Penubuhan Polis Bantuan UTeM

UNIT SOKONGAN KEPADA PDRM

Satu usaha proaktif bagi universiti untuk membendung kejadian jenayah di dalam kawasan universiti melalui Bahagian/Unit Keselamatan.

Selain itu, ianya dapat mewujudkan sistem perkhidmatan pencegahan jenayah dalaman di kawasan kampus yang juga dapat membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selaras dengan objektif penubuhan pasukan polis bantuan oleh PDRM iaitu sebagai unit sokongan kepada PDRM di dalam aktiviti pencegahan jenayah.

Penubuhan Polis Bantuan di universiti ini akan membantu pihak PDRM dalam memberikan respon yang cepat dan berkesan untuk menangani sebarang kejadian jenayah memandangkan Balai Polis yang berhampiran iaitu Balai Polis Durian Tunggal terletak lebih kurang 8 km dari universiti ini.

Isu-isu sensitif seperti pergaduhan antara kaum, ‘subversif’, politik dan sebagainya juga dapat ditangani dengan lebih berkesan dan sistematik melalui unit Polis Bantuan ini.

MENEPATI HASRAT KERAJAAN

Cadangan penubuhan Polis Bantuan ini juga dilihat menyokong hasrat kerajaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2009 yang mengumumkan enam (6) teras utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk membabitkan bidang usaha mengurangkan kadar jenayah. Polis Bantuan  juga turut terlibat dalam Program National Blue Ocean Strategy (NBOS) iaitu kawasan kejiranan yang selamat, bersih dan ceria. Penubuhan Polis Bantuan di UTeM dilihat sebagai salah satu langkah yang tepat menyokong hasrat ini. Penubuhan PB adalah selaras dengan konsep 1 Aman Campaign Fasa 2 dalam menekankan penglibatan awam dalam pencegahan jenayah melalui aktiviti “Create a large pool of auxiliary police for the private sector”.

MENINGKATKAN PERASAAN SELAMAT

Penubuhan polis bantuan di universiti ini merupakan inisiatif terbaik dalam aspek pengurusan keselamatan bagi membantu PDRM dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Penubuhan Polis Bantuan di universiti ini dapat meningkatkan rasa selamat khasnya kepada staf, pelajar dan orang awam yang berurusan dengan pihak universiti yang semakin meningkat.

PENGUATKUASAAN LEBIH MENYELURUH DAN ASPEK PERUNDANGAN YANG LEBIH JELAS        

Kini pihak keselamatan hanya menguatkuasakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tetapi, dengan penubuhan unit Polis Bantuan di dalam kawasan universiti ini dapat membentuk warga universiti khasnya para pelajar untuk mematuhi sepenuhnya undang-undang negara. Kehadiran Unit Polis Bantuan di universiti ini juga dapat dijadikan sebagai elemen untuk menjana usaha mendidik kakitangan dan pelajar dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan jenayah dengan lebih efektif dan mematuhi peraturan serta undang-undang negara secara menyeluruh.

PENGURUSAN KESELAMATAN YANG LEBIH CEKAP

Kampus Induk UTeM adalah berdasarkan konsep Universiti Terbuka di mana jalan raya universiti ini digunakan sebagai jalan pintas kepada orang awam untuk melalui dua lokasi Ayer Keroh-Kesang. Kemudahan ini menimbulkan masalah kepada pihak universiti di mana ianya akan mendedahkan universiti ini kepada ancaman keselamatan. Dengan penubuhan unit Polis Bantuan ini akan menyelesaikan isu yang dinyatakan di mana penguatkuasaan yang lebih, dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

PENGURUSAN KESELAMATAN KE ATAS ASET UTeM

Kawasan universiti terdiri daripada pelbagai jenis peralatan bagi tujuan pembelajaran dan juga kemudahan-kemudahan dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Aset universiti ini turut terdedah kepada risiko kecurian, khianat dan sebagainya. Oleh yang demikian dengan penubuhan Polis Bantuan di universiti ini dapat membendung dari berlakunya kejadian jenayah di dalam kawasan universiti.

Kronologi Penubuhan Polis Bantuan UTeM

kronologi penubuhan

 

 Kesan Penubuhan POLIS BANTUAN UTeM

  1. Meningkatkan persepsi positif dan keyakinan kakitangan dan pelajar UTeM terhadap imej Unit/ Bahagian Keselamatan
  2. Kualiti penyampaian perkhidmatan yang efisien dan lebih sistematik selari dengan peruntukkan undang-undang dan prosedur yang digunakan oleh PDRM
  3. Meningkatkan kredibiliti dan integriti pegawai dan anggota yang dilantik sebagai Polis Bantuan memandangkan petugas turut tertakluk kepada disiplin PDRM
  4. Meningkatkan keyakinan kepada anggota keselamatan kerana ilmu yang dipelajari semasa di Pusat Latihan PDRM membantu pegawai dan anggota untuk menjalankan penguatkuasaan dan peraturan
  5. Polis Bantuan dilihat memberi kesan yang positif sebagai mekanisme terbaik dalam membendung sebarang kegiatan jenayah dan sosial di kalangan pelajar dan kakitangan UTeM.
  6. Kuasa yang diberikan di bawah Akta Polis 1967 dan PTKPN A 501 membolehkan pegawai dan anggota Polis Bantuan UTeM melaksanakan siasatan awal untuk mengesan dan mengumpul risikan terhadap sesuatu kes atau seseorang yang disyaki bagi membantu PDRM.
  7. Pertukaran maklumat dan kaedah pencegahan jenayah yang lebih efektif menerusi penglibatan Polis Bantuan UTeM sebagai ahli jawatankuasa ‘Community Policing’ peringkat Kontinjen dan daerah, Polis Bantuan Peringkat Kontinjen, jawatankuasa ‘Memerangi Jenayah’ peringkat kontinjen dan daerah.
  8. Penubuhan Polis Bantuan di UTeM ini merupakan platform terbaik di antara pihak universiti dengan pihak PDRM di mana jalinan kerjasama ini meliputi semua aspek keselamatan dan lain-lain perkara yang berkaitan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.
7391106
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
679
507
2468
7384648
13270
19275
7391106