PERLAWANAN BADMINTON PERSAHABATAN
POLIS BANTUAN UTeM DAN IPD ALOR GAJAH
Pada 21 Ogos 2018, Pejabat Keselamatan telah menganjurkan satu lagi perlawanan persahabatan antara Polis Bantuan UTeM dengan IPD Alor Gajah di Dewan Sukan UTeM.
Perlawanan melibatkan 14 orang pemain iaitu 7 regu, dan perlawanan dimenangi oleh IPD Alor Gajah dengan 4-3.
Perlawanan telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Keselamatan Kapten Ahmad Shakir Bin Yahaya (Bersara) dengan sedikit ucapan dan penyerahan cenderahati untuk kenangan kedua-dua pasukan.Dalam ucapannya, beliau berharap sempena Program Fit For Security perlawanan persahabatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan, bagi memupuk budaya sihat dikalangan kita.