• banner.jpg
  • banner2.jpg

 

Pada awal penubuhannya, Pejabat Keselamatan dikenali sebagai Unit Keselamatan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malayasia (KUTKM) yang ditubuhkan pada 19 April 2001 dan berpejabat di Rumah Kedai Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Unit ini telah diketuai oleh En.Jais bin Sapuan (Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP 27) bersama (6) staf dan diletakkan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTj) Pejabat Pendaftar. 

Pada 01 Januari 2013 Bahagian Keselamatan telah di naik taraf ke Pejabat Keselamatan. Pada tahun yang sama juga iaitu 26 Februari 2013, pihak Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman telah meluluskan penubuhan Pasukan Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Penubuhan Polis Bantuan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah sejajar dengan perkembangan semasa Universiti yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun di samping sebagai langkah proaktif untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan keselamatan Universiti dan menjadikan Pejabat Keselamatan UTeM lebih professional selaras dengan perkembangan universiti.

Sehingga kini, bilangan staf Pejabat Keselamatan adalah seramai Tujuh puluh enam (76) staf iaitu terdiri daripada (74) staf Keselamatan dan (2) staf Pentadbiran yang diketuai oleh Kapten Ahmad Syakir bin Yahaya (Bersara) yang mengambil alih tampok pimpinan setelah bersaranya Tuan Norizan bin Khalid pada 27 September 2017.

Save

1795223
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
5305
5866
17021
1737328
81287
181231
1795223